suria

“Orang idolakan kita... jadi kena tunjuk benda baik” - Faizal Tahir seronok dapat bantu selesai masalah peminat, siap ada bertemu jodoh

TUGAS sebagai seorang selebriti bukan sahaja terhad untuk menghiburkan peminat malah memberikan sesuatu yang berharga sehingga dapat dikenang sepanjang hayat.

Itu yang terjadi kepada penyanyi dan komposer Faizal Tahir apabila berjaya membantu seorang gadis yang pernah berhadapan tekanan perasaan hingga mengambil tindakan untuk membunuh diri.

“Alhamdulillah peminat itu sudah mendirikan rumah tangga dan yang menariknya dia berkahwin dengan salah seorang peminat saya juga dan mereka bertemu di acara yang pernah pihak pengurusan anjurkan.

“Saya lega dapat menyumbang ke arah perkara baik sebegini, mereka dah kahwin kira-kira empat bulan. Semuanya bermula apabila saya memberikan nombor telefon kepada peminat dan berborak dengan mereka secara rawak tahun lalu, tak sangka pula ada antara mereka yang mengalami tekanan perasaan sehingga nak bunuh diri ketika itu, ” kata Faizal kepada mStar.

Faizal Tahir


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi