GAMBAR Neelofa menangis di Padang Arafah ketika menunaikan ibadat haji menjadi inspirasi kepada Alif Satar dan Raihan dalam video muzik lagu Damba CintaMu versi 2020.
Menurut Alif, 30, dia dan Raihan pada mulanya mahu Neelofa tampil pada penghujung muzik video itu.
“Saya dan Raihan berbincang mencari idea untuk hasilkan video muzik Damba CintaMu, tak sangka pula secara kebetulan kedua-dua pihak terinspirasi dengan sekeping gambar yang memaparkan Neelofa sedang menangis ambil menadah tangan di Padang Arafah.
“Saya terus hubungi Neelofa dan terangkan idea tersebut, namun dia hanya tergelak dan bertanya apa yang dia perlu lakukan. Saya hanya minta dia menangis dan Lofa setuju, ” kata Alif kepada mStar.