PENYANYI yang terkenal dengan lagu Amalina iaitu Santesh berkata dia mula berputus asa untuk menghasilkan video alih suara di YouTube kerana melanggar garis panduan yang ditetapkan penyedia platform itu.
Malah menurut Santesh, 32, saluran YouTube miliknya mungkin akan dipadam sekiranya gagal mengambil langkah yang sewajarnya.
“Sebenarnya saya dah tak buat video parodi filem Tamil seperti yang tular sebelum ini kerana video-video tersebut kena strike oleh pihak YouTube biarpun saya tidak menuntut sebarang keuntungan.
“Saya jadi down dan letih... Saya dah letak effort yang sangat tinggi untuk lakukan proses dubbing sehingga mengalami sakit kepala selama beberapa hari namun akhirnya saluran YouTube saya pula yang akan dipadam, ” kata Santesh kepada mStar.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!