suria

Ramai sayang Caliph Buskers, tampil hulur sumbangan - “Alhamdulillah kami dapat teruskan hidup dengan bantuan artis, NGO”

MENJELANG sambutan Aidilfitri beberapa hari lagi, kumpulan Caliph Buskers meluahkan rasa syukur dan lega apabila nasib mereka mendapat perhatian rakan artis dan badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Azmi Saat yang juga vokalis utama kumpulan itu berkata, mereka berterima kasih kepada pihak-pihak yang prihatin dengan nasib mereka yang hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

“Kami sangat bersyukur apabila dapat bantuan daripada beberapa rakan artis dan juga badan bukan kerajaan (NGO), dapat lah kami makan makanan raya seperti nasi impit serta kuah kacang.

“Sehingga sekarang kami masih gunakan wang simpanan masing-masing untuk meneruskan kehidupan, tapi ia makin berkurangan. Harapnya krisis ini cepat berakhir dan kami dapat kembali bekerja, ” kata Azmi kepada mStar.

Mereka ditemui di studio milik Caliph Buskers di Brickfields, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama menghulurkan sumbangan adalah penyanyi Andi Bernadee.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Caliph Buskers, Andi Bernadee


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi