suria

Pelakon Shah Hazvee tak kena ‘gam’ susulan kes pikat isteri orang - “Rezeki Tuhan, saya akan kerja seperti biasa”

PELAKON Shah Hazvee mengakui kes mahkamah yang dihadapinya baru-baru ini memberi impak negatif terhadap karier lakonannya.

Bagaimanapun Shah atau nama sebenar Shah Radhi Hazvee, 24, berkata dia bersyukur kerana masih diberi kepercayaan oleh pihak produksi untuk terlibat dalam beberapa projek yang sudah dipersetujui sebelum ini.

“Memang tak dinafikan kes ini memberi impak negatif terhadap saya, saya harap industri tidak terus memberi hukuman.

“Saya boleh bekerja seperti biasa dan kes ini masih lagi dalam perbicaraan mahkamah,” katanya kepada mStar.

Selain itu tambah Shah, dia berharap agar netizen tidak terus terburu-buru untuk menghukum seseorang tanpa ada bukti yang kukuh.

Pada 29 Mei lalu, Shah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memikat isteri orang dengan niat untuk melakukan persetubuhan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shah Hazvee, Shah Radhi Hazvee,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi