suria

Lia Natalia panik ditanya soal majlis kahwin... betul ke terpaksa ditunda?

PELAKON Lia Natalia meminta peminat mendoakan yang terbaik berkaitan dakwaan perkahwinannya dengan kekasih hati yang dikenali sebagai Azizi terpaksa ditunda atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lia atau nama sebenar Alia Afiqah Abden, 28, enggan mengulas lanjut sebaliknya berjanji akan berkongsi tentang perkara itu jika sudah sampai masanya.

“Lia tidak ingin mengiakan atau menidakkan... apa-apa doakan yang baik-baik sahaja.

“Benda baik kenapa kita nak sembunyikan, Lia hanya nak minta semua doakan yang terbaik sahaja untuk kami.

Tambahnya Lia, dia tidak akan menyembunyikan perkara baik itu kepada peminatnya jika ia benar-benar berlaku.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lia Natalia,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi