suria

Kecoh wujud 'kluster barber', Aaron Abdul bimbang ‘gulung tikar’ - “Harap tak betul, kalau tak kena tutup kedai lagi”

GARA-GARA tular mengenai seorang tukang gunting rambut terkena jangkitan Covid-19, penyanyi Aaron Abdul mengakui timbul rasa bimbang.

Bagaimanapun, Aaron yang juga pemilik kedai gunting rambut Needacutbarber, berkata, dia mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi melindungi pekerja dan pelanggannya daripada jangkitan wabak berkenaan.

“Memang risau apabila tular kisah seorang tukang gunting rambut yang disyaki positif Covid-19 semalam, namun saya dah tekankan kepada semua pekerja untuk memastikan mereka mengamalkan SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Saya harap tak wujud 'kluster barber' seperti yang ditakuti ramai, memang tinggi risikonya. Malah kami sebagai peniaga juga berhadapan dengan isu gulung tikar jika ia terjadi, ” kata Aaron kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aaron Abdul, Barber, Covod-19


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi