suria

Ashraf Muslim dengar pesakit jemaah tabligh menangis tengah malam - “Adakah takut sakit atau insaf dengan Tuhan? Saya pun nak rasa!”

“MULA dengar orang menangis teresak-esak, ” demikian cerita pelakon Ashraf Muslim mengenai kejadian pada tengah malam ketika dia menjalani rawatan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh baru-baru ini.

Menurut Ashraf, adab dan perlakuan yang ditunjukkan rakan-rakan pesakit daripada kluster jemaah tabligh membuatkan dia lebih insaf dengan ujian yang dilaluinya.

“Sudah jadi rutin kami, selepas solat akan ada sesi membaca hadis... mereka tak bercerita tentang hal orang lain melainkan mengenai kebesaran Allah,

“Ada satu malam tu sebelum tidur saya nampak dalam kalangan mereka bangun pergi berwuduk dan buat solat sunat dan berzikir. Kemudian saya dengar mereka mula menangis sedih, teresak-esak... ia buatkan saya tertanya-tanya mengapa.

“Adakah mereka takut dengan sakit atau insaf kepada Tuhan, jadi ia buatkan saya nak rasa juga pengalaman itu, ” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi