suria

Disangka Siti Nurhaliza, rupa-rupanya penyanyi kembar seiras Aishahanim!

PENYANYI kembar seiras Aishahanim menepis dakwaan kononnya suara mereka hampir sama dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Shiha Zikir.

Pasangan Aisha dan juga Hanim yang memulakan karier sebagai penyanyi kombo Dewan Bandaraya Ipoh (MBI) ini bagaimanapun mengakui mungkin ada persamaan daripada segi lenggok nyanyian mereka kerana membesar dengan cara nyanyian penyanyi era 90-an.

“Sebenarnya kami dah lama menyanyi bersama kombo MBI. Mungkin sudah terbiasa dibesarkan dengan lagu-lagu zaman kemegahan penyanyi era90-an dan ia mempengaruhi cara nyanyian kami.

“Mungkin cara lontaran vokal itu sama tapi yang pastinya tidak mungkin suara kami seiras Siti Nurhaliza. Namun kami tak menolak wujud rasa bangga apabila dikatakan mempunyai suara merdu iras penyanyi nombor satu Malaysia, ” kata Aishahanim kepada mstar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi