suria

Isyariana belajar mengaji ‘online’ isi masa lapang - “Tak perlu pergi spa untuk me time, masa PKP banyak timba ilmu”

PELAKON yang sedang meningkat naik Isyariana mengakui hampir tertekan kerana tinggal seorang diri sepanjang tiga bulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Menurut bekas peserta Akademi Fantasia 2016 ini, dua bulan pertama dia bersyukur kerana dapat meluangkan masa untuk diri sendiri kerana sebelum ini jadual aktiviti yang padat membataskan dia untuk berbuat demikian.

“Dua bulan pertama, saya gembira sebab dapat cuti yang lama... walaupun tiada pendapatkan, tapi saya ada waktu untuk diri sendiri.

“Apabila masuk bulan ketiga, saya mula risau dan berfikir pelbagai perkara... benda ini membuatkan saya rasa stress, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Isya sepatutnya melancarkan lagu runut bunyi sebuah filem namun ia ditangguhkan kepada tarikh lain dan bakal tampil dengan single baharu tidak lama lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aisyariana,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi