suria

Setahun merajuk sebab bakat tak laku, kini Putera Muhammad masuk band rambut panjang - “Saya nak cuba cara lain”

SETELAH sekian lama terkial-kial cuba memahat nama dalam industri seni suara, penyanyi Putera Muhammad akhirnya memberanikan diri untuk kembali beraksi menerusi sebuah kumpulan dikenali sebagai Madam.

Menurut Putera Muhammad, 28, yang sebelum ini pernah menyertai program Mentor Legend pada 2014 mengakui tempoh lebih lima tahun mencuba nasib untuk mengetengahkan bakatnya seakan menemui jalan buntu.

“Seperti yang diketahui sebelum ini saya berada di bawah naungan label muzik lain, kemudian saya nekad ambil cuti panjang kira-kira setahun dalam bidang nyanyian. Memang saya akui kerjaya tak menjadi ketika itu.

“Namun semuanya berubah sekitar tahun lalu apabila saya ditawarkan untuk berada di bawah syarikat baharu untuk sekaligus menjadi vokalis kumpulan Madam, jujur saya katakan semangat untuk menyanyi tu dah datang kembali,” kata Putera kepada mStar.

Putera Muhammad, Madam


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi