PENYANYI Azira Shafinaz menyambut baik keputusan rakannya dalam kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis untuk tampil dengan imej baharu mengenakan hijab sejak Julai lalu.
Menurut Azira, Cik Manggis pernah membincangkan mengenai perkara itu bersama ahli kumpulan lain sebelum ini, namun tidak meletakkan waktu mengenai perubahan imej berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Berhijab bukan halangan Cik Manggis terus menari bersama De Fam - “Apa orang nak fikir, fikir la... saya tak kisah”
Menghormati keputusan itu, Azira berkata dia dan Sophia Liana gembira dengan perubahan tersebut dan memberitahu Cik Manggis akan terus bersama De Fam.
“Alhamdulillah, kita hormati keputusannya dan ini satu penghijrahan yang baik. De Fam akan kekal seperti biasa dan muzik kita selepas ini mengikut kesesuaian dan kematangan kumpulan ini, ” katanya.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!