suria

“Tolonglah, saya bukan adik-beradik Ceknon!” - Shuk Sahar terhibur disamakan dengan wanita mengamuk sebab ‘face mask’

PENGACARA dan penyampai radio Shuk Sahar memberitahu dia tidak mempunyai apa-apa pertalian dengan individu dikenali sebagai Ceknon.

Kata Shuk, 34, dia faham dengan sikap netizen yang suka bergurau selain mengakui ia agak menghiburkan.

“Saya bukan adik-beradik Ceknon, sepupu pun tidak... saya terbuka jika perkara itu tidak melibatkan keluarga saya," katanya kepada mStar.

Isu melibatkan Ceknon sebenarnya merujuk kepada kisah yang tular baru-baru ini mengenai seorang wanita yang mengamuk selepas adik perempuannya, dipercayai berusia 20-an tidak dibenarkan masuk ke sebuah gedung membeli-belah kerana tidak memakai topeng muka.

Dalam video tersebut, wanita dipercayai pengasas produk kecantikan yang dikenali sebagai Ceknon itu dilihat memaki dua pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk gedung terbabit.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Shuk Sahar, Chenon,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi