suria

“Belum pernah ada lelaki cium tapak kaki saya” - Aleza Shadan dah sedia tunggu netizen kecam lakon drama ajaran sesat

MENGGIGIL dan memang takut melakonkan karakter ini, ” demikian antara luahan pelakon Aleza Shadan apabila membawakan watak seorang pengamal ajaran sesat dalam drama Jalan Sesat Ke Syurga.

Aleza atau nama sebenar Nor Hasliza Shadan, 45, berkata dia sudah bersedia untuk menerima komen negatif netizen kerana menyedari watak ini menyentuh isu sensitif.

“Paling menakutkan apabila saya menjadi tok kadi (juru nikah) untuk menikahkan orang.

“Saya juga kena melakonkan babak menjadi imam kepada orang yang nak solat walaupun tidak memakai tudung dengan sempurna, ” ujarnya kepada mStar.

Aleza ditemui di set penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga pada Isnin di Cyberjaya.

Tambah Aleza, walaupun bimbang dengan penerimaan penonton, namun dia menganggap ia sebagai cabaran sebagai seorang pelakon.

Drama Jalan Sesat Ke Syurga akan ditayangkan bermula 3 Ogos di Astro Prima.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi