PELAKON Veteran Kismah Johar menyeru pihak berwajib mengambil tindakkan tegas terhadap perbuatan cetak rompak yang dilihat seperti tidak berkesudahan.
Kismah, 68, berkata dia sangat kecewa apabila filem lakonannya iaitu Keluarga Iskandar The Movie diciplak dan dijual dengan harga murah di platfom e-dagang.
“Saya rasa terkilan, kecewa dengan sikap individu yang mengambil kesempatan untuk dapat keuntungan atas angin.
“Mereka tak sepatutnya berbuat demikian, kena sokong industri kita dan jangan menangguk di air keroh, ” ujarnya kepada mStar.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!