suria

“Terkesima Sandra panggil saya Baby” - Usop teringat malam terakhir persembahan!

PEMERGIAN penyanyi Sandra Dianne bukan sahaja dirasai oleh peminat, malah rakan peserta dalam program Big Stage 2020 turut sama berduka dengan berita mengejutkan itu.

Salah seorang peserta iaitu Usop tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui sahabatnya itu sudah pergi buat selama-lamanya.

Kata Usop, banyak kenangan yang tak mungkin dilupakan sepanjang mengenali arwah.

“Sandra ni macam kakak-kakak sahaja, saya goyang sikit nak kacau dia tapi benda yang saya tak boleh lupa apabila dia panggil saya baby. Terakhir panggilan itu semasa Sandra pakai baju putih persembahan bersama Sufi.

“Ini bukan soal cinta atau apa tapi saya dah anggap dia sahabat. Saya ni susah nak rapat dengan perempuan, apabila dia panggil baby saya terkesima juga!, ” katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL INI.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Usop, Big Stage 2020, Sandra,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi