suria

Farisha Iris tak salahkan penyokong ‘malas’ undi, reda tersingkir Big Stage - “Saya cuba tarik peminat baru”

SUNGGUHPUN markah juri tidak meletakkan penyanyi Farisha Iris di kedudukan paling bawah ketika konsert separuh akhir Big Stage 2020, namun nasib tetap tidak menyebelahinya.

Farisha, 21, akhirnya tersingkir dan gagal mara ke final akibat undian rendah daripada penonton.

“Saya dah jangka sebab daripada minggu pertama undian saya susah sikit nak naik.

“Ini ketentuan rezeki, saya dah lakukan yang terbaik tapi tu lah... undian tetap rendah, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu Usop, Qody Rany, Azzam Sham, Fadh Majid dan Dinnie Rashid berjaya mara ke pusingan akhir yang akan berlangsung 4 Oktober depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi