KEPUTUSAN kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Pengumuman kerajaan itu menyebabkan ada segelintir pihak mula menyerbu pasaraya untuk mendapatkan barangan keperluan kerana bimbang tidak boleh keluar rumah sepanjang tempoh berkenaan.
Bukan itu sahaja, jalan raya turut menjadi sesak berikutan ada yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sepanjang tempoh PKPB.
ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PKPB kembali dilaksana di Selangor, KL dan Putrajaya bermula Rabu
Tapi perlu ke sampai nak panic buying dan bersesak balik kampung?
#KENOTBRAIN
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!