suria

Peminat ‘restu’ hubungan dengan MK K-Clique, Nabila Razali malu-malu - “Eh dia single ke? Doa je yang baik-baik”

PENYANYI Nabila Razali tidak menolak jodohnya dengan sesiapa sahaja termasuk MK daripada kumpulan K-Clique jika ia sudah tertulis.

Kata Nabila, 27, kejayaannya dan MK membawa watak pasangan bercinta dalam muzik video Peluang Kedua membuatkan penonton ingin percintaan mereka berlaku di dunia nyata.

“Kalau bercakap fasal jodoh ni saya tak boleh buat apa, saya faham mungkin orang nampak keserasian kami dalam muzik video Peluang Kedua.

“Bagi saya, ia satu tanggungjawab untuk kami sampaikan mesej dan MK lakukan dengan sangat baik, ” ujarnya kepada mStar.

Tambahnya, dia tidak menjangka lagu dan muzik video Peluang Kedua mendapat perhatian sehingga hari ini dan kini menerima lebih daripada 65,000 komen di YouTube.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi