suria

Siti Elizad ‘sembur’ wanita tak sensitif tawar diri jadi madu, kandungkan zuriat suami - “You nak goyang kaki, aku kerja cari duit?”

PELAKON Siti Elizad berang apabila ada segelintir wanita yang tergamak menghantar mesej melalui Instagram bagi menawarkan diri untuk menjadi madunya.

Ujar Elizad, 36, dia kecewa apabila wanita berkenaan berani membuat tawaran berkenaan selepas mengetahui dia mengalami keguguran.

“Saya masih bersedih sebab tiada zuriat dan keguguran, tapi macam mana dia berani tawarkan diri untuk menjadi madu?

“Ada juga yang mesej untuk mengandungkan anak saya dan suami dengan meminta bayaran. Ya Allah... sampai macam ini ya?” luah Elizad kepada mStar.

Isnin lalu, Elizad berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), Oktober lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi