suria

“Bukan sampai peluk cium pun!” - Sweet Qismina syukur peminat tak ‘annoying’ kerap kongsi foto dengan Adam Lee

PELAKON Sweet Qismina memberitahu setiap gambar bersama kekasih yang dimuat naik di media sosial miliknya sudah mendapat kebenaran daripada ibunya.

Ujar Sweet, 23, pandangan ibu harus diambil kira kerana setiap apa yang ditonjolkan menerusi media sosial akan membabitkan maruah diri dan keluarga.

“Apa yang saya nak post akan dikongsi dengan mama dulu... itu cara saya. Saya akan minta kelulusan mama dulu.

“Nak tak nak, apa yang kita tonjolkan kat orang itu umpama maruah keluarga kita juga. Mama umpama ‘mata’ untuk kawal saya di media sosial, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi