suria

Wani Comel gadis obesiti dakwa ditipu usahawan kosmetik, perjanjian berat sebelah - “Sign contract selepas keluar ICU”

SEORANG gadis yang pernah tular kerana mengalami masalah berat badan hampir mencecah 300 kilogram tampil membuat pendedahan dan tuntutan terhadap seorang pengusaha produk kosmetik kerana di dakwa dianiaya oleh usahawan tersebut.

Menurut Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, 23, dia berasa seperti ditipu selepas tidak mendapat apa-apa faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan selepas menandatangani kontrak sebagai duta produk.

“Selepas menjalani pembedahan di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2019, wakil pihak usahawan tersebut kepada saya untuk menandatangani kontrak.

“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan tersebut berjanji akan membantu daripada segi rumah, kereta dan kewangan belanja harian.

“Namun saya tidak menerima sebarang bentuk bantuan seperti yang telah dijanjikan, ” katanya kepada mStar.

Wani ditemui selepas sidang media bersama peguam, Haziq Aizuddin Subhi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur bagi menuntut agar haknya sebagai duta seperti yang dijanjikan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi