PENYANYI Yonnyboii akur dengan keputusan juri apabila lagu ciptaannya yang dinyanyikan secara duet bersama Zynakal gagal mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Akui tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Yonnyboii bagaimanapun berkata dia bersetuju dengan keputusan barisan juri.
“Biasalah ada sedikit rasa sedih, tak puas hati tapi kena terima sebab keputusan yang dibuat oleh juri adalah yang terbaik.
“Rasa tak puas hati sebab Yonny rasa tak bagi yang terbaik pada malam tersebut (semi final). Saya rasa boleh buat yang lebih baik lagi, ” katanya kepada mStar.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!