suria

Ibu, abang Da’i Syed sentiasa ada beri sokongan - “Ketika ini dia sangat perlukan moral support”

KETIKA isu pendakwah muda Da'i Syed masih dalam prosedur mahkamah, dilihat tiada wakil keluarga Syed yang hadir sehingga menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar berkata, ahli keluarga pendakwah itu sentiasa mendoakan yang terbaik biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah.

“Setakat ni saya memang selalu berhubung dengan abang dan Ibu kepada Da'i Syed, walaupun mereka tidak dapat hadir sepanjang proses ini berjalan namun mereka masih memberi sokongan sepenuhnya kepada Syed.

“Walaupun baru offically manage Syed, saya tanamkan dalam diri saya yang mana Syed memerlukan kawan-kawan sekelilingnya untuk support dia pada ketika ini.

“Walupun ramai netizen yang mengecam tapi alhamdulillah kesihatan Syed masih dalam keadaan baik, dia pun kuat semangat dan kami mohon doa orang ramai agar pihak kami kuat hadapi dugaan ini, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi