suria

“Kalau cakap je kuda pun boleh terbang!” - Aliff Syukri tuntut Wani Comel tunjuk bukti pernah janji bagi rumah, kereta

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil mempertahankan diri selepas seorang gadis obesiti yang dikenali sebagai Wani Comel mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti yang dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Kata Aliff, dia tidak pernah menabur janji manis dan segala tuntutan gadis itu tidak temeterai dalam kontrak yang ditandatangi kedua-dua pihak.

Malah, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini juga percaya tindakan berani Wani itu adalah kerana hasutan pihak ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak pernah janji bulan dan bintang... kalau betul boleh tuntut di mahkamah” - Aliff Syukri yakin ada pihak ‘cucuk’ Wani Comel

“Saya malas nak kacau hidup orang tapi kalau dah sampai mengganggu hidup saya, saya tak akan berdiam. Biarlah isu ini diuruskan oleh peguam. Saya bersedia 200 peratus untuk membawa kes ini ke mahkamah!” katanya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi