MINGGU ini pelbagai kisah dan cerita menarik menghiasi dunia hiburan Malaysia dan mStar rangkumkan lima berita hiburan paling mendapat perhatian dalam kalangan pembaca menerusi Top 5 Spotlight.
Antara yang mendapat perhatian adalah mengenai kisah Azwan Ali menangis ketika mengimbau mengenai hubungannya dengan Ziana Zain.
Turut berada dalam carta adalah tentang berita gembira kehamilan Ain Edruce.
Paling mendapat perhatian adalah tentang kisah pengakuan pelakon pelawak AR Badul yang mendakwa dinafikan hak selepas lebih setahun pemergian anaknya Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!