suria

“Ada berkenan di hati tapi sayang... takut tak jadi persahabatan pun hancur” - Zizan Razak

PELAKON dan pengacara Zizan Razak memberitahu dia tidak ingin bercinta sekadar suka-suka dan tanpa hala tuju.

Ujar Zizan, dia pernah menyimpan hasrat kepada seseorang namun tidak ingin mengambil risiko untuk bercinta kerana risau persahabatan mereka terganggu.

“Kalau dah jumpa jodoh, keluarga semua okay saya terus kahwin jer, saya tak nak buang masa dah.

“Ada juga yang berkenan di hati tapi ia jadi sayang tentang persahabatan, takut tak jadi persahabatan pun hancur, percintaan pun hancur, ” katanya kepada mStar.

Zizan ditemui ketika majlis pelancaran Dorylicious di Batu Cave pada Sabtu.

Dalam pada itu, menjawab tentang gosip dirinya dengan beberapa selebriti wanita, dia hanya menganggap mereka seperti adik dan tiada hubungan istimewa antara mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

zizan razak, jodoh, wanita,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi