suria

Netizen meluat aksi #EmirAmirah, ini komen Mira Filzah - “Janganlah tak suka tapi tengok juga!”

SELEPAS bergelar isteri, Nur Amirah Filzah Badioezaman atau Mira Filzah dilihat semakin aktif di laman Youtube bersama suaminya Wan Emir Astrar, 30.

Saluran yang diberi nama #EmirAmirah itu khas untuk dia berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama suami.

Menurut Mira, 27, dia lebih bersemangat untuk memuat naik video di saluran itu berbanding ketika masih bujang dahulu.

“Akaun YouTube itu memang saya wujudkan untuk kongsi aktiviti bersama suami. Kalau untuk diri sendiri, memang saya tak buat.

“Meluat dan mengecam itu kita tak boleh nak kawal. Saya pun tak paksa tengok. Kalau tak suka, tak payah tengoklah.

“Janganlah tak suka tapi tetap tengok juga selepas itu mengecam saya. Tak baik, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Mira menerima anugerah Nona Influencer Award serta tersenarai dalam 100 wanita tercantik Asia oleh media bebas antarabangsa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi