suria

Ernie Zakri buka rahsia siapa ‘mastermind’ persembahan AJL - “Syamel sangat kreatif, dia boleh olah idea saya jadi menarik!”

LAGU Gundah nyanyian Erni Zakri antara 12 lagu yang terpilih ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung pada Februari depan.

Kata Ernie sebagai peserta sebuah pertandingan, sudah pasti dia meletakkan harapan untuk pulang dengan salah satu anugerah.

“Saya rasa kalau kita masuk sesuatu pertandingan tetapi kita tiada target... macam agak sedih bunyinya.

“Saya akan tetap melakukan yang terbaik sebab itu tanggungjawab sebagai seorang penyanyi.

“Untuk target tu... sebenarnya saya meletakkan harapan untuk semua kategori. Cuma buka harapan yang tinggi sebab taknak kecewa di kemudian hari, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ernie Zakri, Syamel, ajl, gundah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi