suria

Patut la hubungan Neelofa, PU Riz dilanda badai... mampukah mereka hadapi ujian?

KECOH apabila muncul khabar angin yang menjadi perdebatan netizen di media sosial baru-baru ini apabila pertunangan yang dimeterai pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz sudah berakhir.

Berita yang tersebar kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan mendakwa artis tersebut telah berkahwin.

Menjadi tanda tanya apabila adik-beradik kepada Neelofa memuat naik posting di media sosial dan unfollow pendakwah tersebut di Instagram.

Malah ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini juga turut memadam gambar PU Riz merisik di laman Instagram miliknya.

Walaubagaimanapun, Neelofa tampil menyangkal segala spekulasi membabitkan dirinya mengenai hubungan dengan PU Riz menerusi postingnya di Instagram.

“Andaian yang dilemparkan tidak berasas dan tidak wajar.

“Tuduhan minyak pengasih, saya sedang berubat, transfer duit, dan berkahwin di kelantan adalah sama sekali tidak benar dan karut, ” ujar Neelofa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi