suria

“Ya Allah, ambillah nyawaku ketika aku di jalanMu” - Haqiem Rusli tak pernah lupa amalkan doa ini setiap kali solat

PENYANYI Haqiem Rusli berkata dia tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawab kepada Allah walaupun sibuk dengan urusan harian.

Malah menurut penyanyi berusia 22 tahun ini, dia juga akan cuba menjaga hubungan baik dengan keluarga dan orang sekeliling agar rezekinya sentiasa dipermudahkan.

“Dalam kehidupan ini, kita kena jaga hubungan kita dengan Allah, buat benda-benda wajib.

“Utamakan keluarga, jaga hubungan dengan keluarga... kalau ada masalah cepat-cepat selesaikan dengan cara elok, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi