SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Sarah Suhairi akui banyak aktiviti seni yang dirancang tidak dapat dilaksanakan.
Namun, penyanyi tersebut tidak mensia-siakan peluang ketika berada di rumah bersama keluarga.
Ujarnya, dia banyak meluangkan masa dengan membantu dua adiknya yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Sebagai kakak saya kena pantau dan tolong mana yang boleh, tambahan ada adik yang bakal menduduki SPM tahun ini, ” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan sama, penyanyi tersebut juga bakal mengeluarkan single terbaru berjudul Mungkin.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!