PENYANYI Yonnyboii berkata dia menyimpan hasrat untuk menyertai dan memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) hanya bagi tujuan kepuasan hati.
Ujar Yonny, 23, dia tidak melihat platform berkenaan sebagai pentas pertandingan untuk memenangi hadiah sebaliknya sebagai medium untuk tingkatkan keyakinan diri.
“Benda ni kita kejar bukan untuk pertandingan, untuk saya bangga diri... puaskan hati sendiri je dan to boost up my confident, ” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain Yonny berkata dia bakal mengeluarkan albumnya sekitar Julai tahun ini.
“Sekarang saya fokus untuk album saya, album ni ada pelbagai genre... 20 buah lagu kesemuanya, ” ujarnya.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!