SEPERTI biasa banyak cerita menarik menghiasi dunia hiburan tempatan sepanjang minggu ini.
Untuk itu mStar rangkumkan lima berita hiburan paling mendapat perhatian dalam kalangan pembaca menerusi Top 5 Spotlight.
Antara yang mendapat perhatian adalah mengenai berita pelakon Adam Shahz didakwa membawa anak tidur sebilik dengan teman wanita.
Turut berada dalam carta adalah mengenai berita gembira Zahirah Macwilson dan Aiman Hakin Ridza yang kini bergelar ibu dan bapa.
Paling mendapat perhatian adalah tentang Sajat mengalami depresi dan gangguan emosi selepas membuat pengakuan menukar jantina.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!