suria

“Kalau jumpa orang lain apa salahnya” - Rita Nadira dah ‘move on’ dengan Ezzrin Loy, terbuka terima kekasih baru

PELAKON Rita Nadira memberitahu walaupun kisah putus cinta bersama Ezzrin Loy pernah mendapat perhatian, dia bersifat terbuka dalam hal ini.

Ujar Rita, sungguhpun tidak mempunyai hubungan istimewa namun dia dan Ezzrin kini masih berkawan baik.

“Saya dan Ezzrin masih berkawan, tiada apa-apa masalah pun tapi kalau bercakap soal cinta mungkin tidak tahun ini.

“Saya serahkan pada jodoh, kalau tak ada kita doakan yang baik-baik... kalau jumpa dengan orang lain pun apa salahnya, ” katanya.

Rita ditemui di set penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu terbitan Zeel Production di Seksyen 7, Shah Alam.

Dalam pada itu, dia bersifat terbuka dan tidak kisah jika peminat mengetahui kisah cintanya.

“Saya memang open minded, tak ada nak rahsiakan apa-apa. Jika kita bercinta dengan sesiapa pun mesti kita akan kongsi, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi