MAJLIS pertunangan vokalis Floor 88 iaitu Ayie baru-baru ini yang diadakan penuh meriah menjadi bualan hangat netizen.
Antara yang menjadi topik ialah persoalan mengapa mereka tidak terus melangsungkan perkahwinan memandangkan majlis pada malam tersebut diadakan dalam skala besar bagi acara pertunangan.
“Step by step... keluarga pun dah setuju untuk buat ikut turutan... nanti baru buat majlis kahwin yang besar.
“Majlis tu akan dibuat pada tahun ni juga tapi tiada tarikh yang ditetapkan lagi, ” ujarnya kepada mStar.
Sementara itu bercerita tentang persiapan persembahan untuk Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), Ayie berkata Floor 88 merancang untuk memberi persembahan yang bakal meninggalkan kesan di hati penonton.
“Kalah dan menang adalah rezeki daripada Tuhan, namun kami berjanji nak buat persembahan yang buatkan orang ingat sampai bila-bila, ” katanya.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!