suria

Macam dalam lagu… pelamin angan Lia Natalia musnah! - “Video pre-wedding, baju dan pelamin semua dah siap, tapi tak jadi kahwin!”

PERANCANGAN pelakon Lia Natalia untuk bergelar isteri seiring dengan rakan baiknya Ayda Jebat tidak kesampaian apabila majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan selepas dia dan pasangan mengambil haluan masing-masing.

Menurut Lia atau nama sebenar Alia Afiqah Abden, 29, dia enggan mendedahkan punca perpisahan dengan jejaka pilihannya itu kerana ia melibatkan maruah keluarga.

“Sepatutnya kami kahwin bulan Jun, tapi disebabkan Tawau, Sabah menjadi zon merah jadi kita tunda ke bulan Disember.

“Dah rancang dengan Ayda, kami berbincang untuk tetapkan tarikh nikah dan masing-masing bersetuju, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Lia Natalia panik ditanya soal majlis kahwin... betul ke terpaksa ditunda?

Tambah Lia, hatinya sedikit terusik tatkala hadir ke majlis pernikahan Ayda dan Nabil Mahir baru-baru ini kerana dia sepatutnya turut melalui hari bahagia seperti itu.

“Apabila Ayda diijab kabul, saya macam terfikir yang sepatutnya saya juga berkahwin tapi... tak kesampaian.

“Tahun baru ini saya tak nak dah sedih-sedih, pembukaan tahun 2021 sepatutnya gembira sebab kawan saya kahwin dan tak nak dah bercinta, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi