PENERBIT Datuk Ayu Puteh menyuarakan rasa simpati kepada pekerja industri kreatif yang tidak mempunyai caruman dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Katanya, golongan itu tersepit apabila mereka bekerja secara tidak tetap hingga menyebabkan tiada majikan yang mahu membayar caruman untuk mereka.
“KWSP adalah simpanan yang bagus untuk kita tua nanti cuma dalam industri filem dan drama benda ini tiada, sebab mereka tidak kerja tetap. Apabila tidak kerja tetap bagaimana majikan nak bayar KWSP.
“Tapi jika penggiat seni nak ada KWSP, mereka kena buat caruman sendiri... ini saja cara yang senang dan mudah untuk ada simpanan. Kalau anda sendiri tidak simpan, siapa yang nak fikirkan masa depan hari tua anda.
“Tengah susah-susah macam ini, apabila kerajaan kata boleh keluar KWSP, anda tiada duit... sebab apa? Sebab tak ada caruman, ” katanya kepada mStar.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!