suria

“Kurang manis kalau saya yang bercerita” - Intan Ladyana serah Harris Alif komen soal perkahwinan

PELAKON Intan Ladyana memberitahu dia tidak terlibat dalam perancangan gimik kononnya dilamar Harris Alif bagi mempromosikan lagu berjudul Anugerah baru-baru ini.

Intan berkata, dia hanya diminta untuk menjadi model dalam muzik video lagu Anugerah dan sudah mengetahui tentang jalan cerita yang ingin dipaparkan.

“Saya tidak plan benda tu, saya diminta untuk menjadi model untuk muzik video itu tapi saya tahu lah jalan ceritanya.

“Kalau nak kata gimik, itu mungkin pihak pengurusan Harris dan saya hanya model. Itu hanya muzik video video dan kalau ada apa-apa nanti akan diberitahu, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Harris Aliff lamar Intan Ladyana hanya gimik lancar lagu - “Biasalah... kita kena bagi sesuatu untuk orang tertunggu-tunggu!”

Dalam perkembangan lain, Intan kini mengorak langkah sebagai pengarah untuk filem Banglo Seksyen 12 terbitan syarikatnya, Prisma Pictures Sdn Bhd.

Filem bergenre seram itu telah memulakan penggambaran pada 2 Januari lalu itu turut dilakonkan oleh Mustaqim Bahadon, Faez Malek, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Hariz Hamdan, Farah Shah dan Windz Neom.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi