PENYANYI Zizi Kirana berkata dia mula menjaga penampilan dengan tidak memakai pakaian yang mendedahkan bentuk badan selepas ditegur ibunya.
Tersentuh dengan teguran itu, Zizi berkata dia mula berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Saya dapat nasihat dan teguran daripada mummy, sebab sehingga umur saya 35 tahun dia tak pernah bagi nasihat yang panjang-panjang melalui mesej.
“Bila mummy mesej macam tu, saya pun terfikirlah selama ni saya kecewakan dia ke? Saya nangis semasa baca mesej macam tu.
“Jadi saya janji kat mummy takkan pakai seksi-seksi lagi... saya berubah perlahan-lahan, ” katanya kepada mStar.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!