suria

“Saya tak rasa ragu-ragu!” - Ayda Jebat tak sabar nak kahwin, nekad jadi isteri Nabil Mahir

TANGGAL 1 Januari ini penyanyi dan pelakon Ayda Jebat akan berkahwin dengan pengacara Nabil Mahir.

Akui berdebar menantikan detik bahagia itu, Ayda bagaimanapun memberitahu dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri pada usia 29 tahun.

"Alhamdulillah segala persiapan menuju majlis pernikahan sudah diatur dengan baik. Cuma semakin dekat nak berkahwin semakin banyak pula kerja yang datang dan perlu disiapkan.

"Saya sudah bersedia bergelar isteri dan tidak pernah terbit rasa ragu-ragu dengan keputusan ini. Mahu atau tidak saya kena juga bersedia.

"Saya pun tak pasti apakah yang bakal dilalui selepas bergelar isteri. Suma mengharapkan perkahwinan yang dibina berjalan dengan baik dan dipermudahkan, ” katanya.

Menurut Ayda, majlis pernikahan itu nanti akan diadakan secara sederhana.

"Dalam keadaan sekarang ini saya tak bercadang untuk adakan majlis secara besar-besaran pun. Lebih baik bersederhana saja dan saya tak terkilan pun.

"Apa yang penting adalah perkara wajib iaitu majlis akad nikah dapat disempurnakan dengan baik. Kami hanya buat pernikahan di masjid yang hanya akan dihadiri kurang 50 tetamu, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ayda jebat, nabil mahir, kahwin


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi