suria

Netizen buat gerakan bantah lagu Hael Husaini masuk AJL35 - “Itu semua rezeki, susah nak tutup mulut orang!”

ISU lagu yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 masih tiada kesudahan apabila kejayaan lagu Hati nyanyian dan ciptaan Hael Husaini turut dipertikaikan.

Menurut Hael atau nama sebenar Hael Husaini Razmi, 33, dia sudah menjangka akan berlaku ketidakpuasan hati kerana AJL adalah program pertandingan lagu.

“Susah untuk saya tutup mulut semua orang, sebab kita tahu yang pertandingan sebegini memang ada yang tidak berpuas hati namun saya percaya pada rezeki.

“Kalau lagu saya dapat atau tidak, saya terima dengan hati yang terbuka sebab ini adalah adat pertandingan. Ada juga lagu saya yang tak dapat mara ke AJL, ” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Peluang Kedua, Hati dan Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini antara 12 lagu layak ke AJL35

Antara tiga lagu ciptaan Hael yang berjaya ke AJL adalah Hati, Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah bersama Wany Hasrita.

Sementara itu, menjawab dakwaan tentang tiga lagunya mara ke AJL disebabkan dia menjadi juri program Lagu Cinta Kita 2 anjuran TV3, dia menganggap perkara itu adalah tidak berasas.

“Kalau nak diikutkan sebelum ini, saya belum jadi juri pun... tapi Alhamdulillah rezeki ada, tiada kena mengena saya jadi juri atau tidak, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Hael Husaini, AJL 35, Hati, Muzik Muzik, TV3,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi