suria

Masuk tujuh bulan, Scha Alyahya sudah ada nama anak - “Lelaki atau perempuan tetap L dan A”

MEMASUKI usia kandungan tujuh bulan, pelakon Scha Alyahya berkata, dia masih berdepan alahan ‘morning sickness’.

Bagaimanapun, Scha yang bakal melahirkan bayi keduanya itu pada Februari depan berkata, dia tidak mengidam makanan yang pelik seperti kebanyakan ibu mengandung lain.

“Alhamdulillah Scha okay, morning sickness tu je yang teruk, tapi kalau mengidam yang pelik-pelik takde la.

“Saya makan seperti makanan biasa cuma lebih banyak daripada sebelum ini, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, isteri kepada Awal Ashaari ini mengakui sikap anak sulungnya iaitu Lara Alana berubah dan mengetahui bakal mendapat adik.

“Lara Alana semenjak saya mengandung ni dia sangat clingy dan sentiasa bersama dengan Scha tak boleh nak berenggang.

“Bila dia tau yang baby ni akan keluar boleh nampak yang dia agak jealous sedikit

“Dia rajin pegang perut saya, cakap dengan baby. Scha tau dia akan jadi kakak yang baik, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi