FORMULA menyatukan pasangan kekasih Adam Lee dan Sweet Qismina dalam drama Bidadari Salju yang mula menemui penonton pada 15 Disember lalu nampaknya menerima maklum balas baik daripada penonton.
Bagaimanapun kata Sweet Qismina, dia mengalami sedikit kesukaran untuk beraksi bersama kekasihnya namun melihat ia sebagai cabaran seorang pelakon.
“Dalam drama ini kami bukan saja bercinta sebab pada awalnya dia ada buli saya dan saya juga ada buli dia.
“Perkara ini ada sedikit kesukaran dan ia adalah satu cabaran yang menarik, ” katanya.
Sementara itu ujar Adam Lee, dia mengakui terkejut selepas melihat skrip kerana menyedari ia adalah naskhah yang agak berat baginya.
“Selepas baca skrip pada peringkat awal saya rasa berat sangat sebab bergandingan dengan kekasih sendiri, dia berpengalaman daripada saya.
“Kami berbincang, boleh tak nak buat macam ini (ikut skrip) sebab watak ini memang makin menjadi-jadi, ” katanya.
Pasangan itu ditemui di set penggambaran di Shah Alam baru-baru ini.
Drama adaptasi novel nukilan Mia Kiff ini turut dibarisi pelakon Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Chacha Maembong, Nazrief Nazri, Jaja Iliyes dan Fimie Don.
Drama Bidadari Salju ditayangkan di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.
Tajuk Drama: Bidadari Salju
Produksi: A.Aida Production
Tarikh tayangan: 15 Disember 2020
Waktu siaran: Isnin - Jumaat, 7 malam, Slot Akasia
Penulis Novel: Mia Kiff
Penulis skrip: PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
Pengurus Produksi: Fazeyla ahmad
Pengarah: Riza Baharudin
Pelakon: Adam Lee dan Sweet Qismina, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Chacha Maembong, Nazrief Nazri, Jaja Iliyes, Fimie Don, Zaki Azeman, Si Khadijah, Aqil Taqeeuddin, Silfeny Osman, Damia Qaissarah, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Lisdawa, Lan Zailan, Rosnah Johari, Nizam Kama dan Zulkifli Ismail.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!