PEMBUKAAN tahun 2021 kita dikejutkan dengan berita banjir yang melanda beberapa negeri.
Namun, di sebalik khabar duka itu ada juga berita gembira dalam dunia hiburan apabila ramai artis dan selebriti merancang menamatkan zaman bujang pada usia muda.
Antaranya, vokalis Floor 88 iaitu Ayie Elham yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan dan bakal menyusul penyanyi Harris Alif yang akan berkahwin pada 6 Februari depan.
Menjadi tanda tanya, apa istimewanya kahwin pada usia muda? Bersediakah nak berumah tangga pada usia yang muda?
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!