suria

Nabila Razali masih buntu fikir kejutan AJL35 - “Rasa nak buat poll... patut bawa MK K-Clique atau nyanyi seorang”

PENANGGUHAN penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang sepatutnya diadakan pada 7 Februari ini mungkin satu rahmat buat penyanyi Nabila Razali yang masih dalam proses pemulihan berhubung masalah pada peti suara.

Kata Nabila, buat masa ini dia lebih memberi tumpuan daripada segi vokal dan masih belum mendapat idea mengenai kejutan dalam persembahannya nanti.

“Alhamdulillah lagu Peluang Kedua mendapat tempat untuk ke AJL, saya bersyukur sangat-sangat.

“Apa yang saya boleh kongsi, saya masih dalam proses recovery process so tak boleh nak ulas banyak sangat fasal persembahan nanti.

“Sama ada nak bawa MK K-Clique atau tidak, ia belum diputuskan lagi... mungkin saya menyanyi seorang diri, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

nabila razali, ajl, peluang kedua,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi