suria

“Tukang masak je pun… macam dia tahu sangat!” - Aishah tetap ke AJL35, tak kisah kecaman netizen

PENYANYI Aishah akan terus mengekalkan identitinya dalam menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sungguhpun ia mungkin tidak disenangi penonton.

Kata Aishah, dia diberi kebebasan oleh penyanyi asal lagu berkenaan iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk berkarya.

Malah kata Aishah, dia juga lebih bersedia daripada segi mental untuk berdepan kecaman sekiranya ia terus berlaku nanti.

“Alhamdulillah saya rasa teruja berada di pentas AJL selepas 20 tahun... walaupun tidak menyanyikan lagu sendiri.

“Untuk final saya lebih bersiap sedia, kalau orang tak suka... mereka akan tetap tak suka, buat apa sekalipun orang tak akan suka.

“Lagi pula yang komen tu saya tengok ada budak sekolah... ada juga tukang masak je pun, macam mereka tahu sangat tentang muzik," katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi