suria

Ini sebabnya Intan Najuwa tak kongsi gambar buah hati di Instagram - “Sekarang saya sedar privasi sangat penting”

SELEPAS kisah putus tunang hangat menjadi bualan ramai dengan pelbagai spekulasi, pelakon Intan Najuwa mula mengambil pendekatan untuk tidak terlalu terbuka mengenai hal peribadi.

Kata Intan, 24, buat masa ini dia enggan mendedahkan secara terperinci mengenai status terbaharunya dengan usahawan bernama Razrul Anwar Rusli, 40, yang dikatakan kembali terjalin selepas putus tunang pada Februari 2020.

Hubungan kami masih baik. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Nak ulas lebih lanjut mengenai sejauh mana hubungan kami, saya tak nak komen. Pengalaman lalu banyak mengajar saya, jadi lebih baik saya simpan sendiri segala apa yang berlaku dalam hubungan saya.

"Lagipun ada banyak hati yang perlu dijaga seperti pihak keluarga saya serta pihak di sebelah sana juga. Jadi ada baiknya saya diam dan ikut saja apa yang ditentukan. Doakan hubungan kami berada dalam keadaan yang baik," ujarnya kepada mStar.

Sementara itu ujar Intan, dia kini akan lebih berhati-hati untuk berkongsi kisah peribadi di media sosial.

“Sekarang saya sedar privasi tu sangat penting. Saya akan kongsikan perkara yang saya rasa perlu saja seperti kerjaya.

“Saya nak elakkan perkara negatif berlaku. Lebih baik saya simpan kisah peribadi... bukan serik cuma saya nak hadkan, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi