suria

“Saya nak pakai seluar dan skirt together!” - Aina Abdul mengaku suka berfesyen pelik, tak salahkan ‘stylist’

MESKIPUN kemampuan vokal Aina Abdul tidak perlu dipertikaikan lagi, namun penyanyi ini sering tidak terlepas dengan kecaman kerana dikatakan gagal dalam berfesyen.

Menyedari mengenai kebimbangan netizen yang beranggapan dia menjadi mangsa pereka fesyen untuk bereksperimentasi, Aina bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak.

“Mangsa fesyen? Saya tidak kisah apa orang nak cakap, apa sahaja yang saya pakai adalah persetujuan antara saya designer.

“Jadi tidak ada istilah yang kata saya dibuli oleh designer atau stylist.

“Saya tahu orang dekat luar sana ambil kisah dengan imej saya, tapi anda jangan risau kalau ada yang melampaui batas saya akan berjaga-jaga, ” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, dia turut berkongsi tentang persediaan untuk ke Anugerah Juara Lagu ke35 (AJL35) nanti.

“Kali ni saya tak nak buat persembahan berdarah dah, kali ni saya masih lagi berekperimentasi dan akan mengikut garis panduan apa yang boleh dan tidak boleh dibuat, ” ujarnya

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi