PENYANYI Dayang Nurfaizah akui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga tatkala melihat ramai rakan selebriti menamatkan zaman bujang masing-masing.
Bagaimanapun ujar Dayang, 40, dia tidak pernah merancang namun menyerahkan soal jodoh kepada takdir.
“Saya tak merancang tapi saya jealous... tapi semua itu adalah soal jodoh.
“Saya pun teringin tapi tengok la macam mana, insyaAllah kalau ada jodoh nanti, ” katanya kepada mStar.
Dayang ditemui pada sesi pradengar album baharunya, Belagu yang akan dilancarkan secara rasmi Februari ini.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!